
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih
kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan
cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan
dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan
pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang
berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang
berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak
dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika
tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun
kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu
ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat
kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila
bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin
berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya
terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun
kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.
Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita
yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum
ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita
pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung.
Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi
kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah
bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia
tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum
hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki
sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di
hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan,
kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila
dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang
kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta
kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan
yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap
orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu
dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita
mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita
selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling
percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati
nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia
kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi,
kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita
selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan
kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi
kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka
masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui
hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu
perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang
dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan
tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat
melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia
juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita
senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi
kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi
kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban
tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi
pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya.
Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia
menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi
pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia
selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang
gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga
bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah
sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini
juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama
kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan
susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada
siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang
mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di
kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia
yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan
rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu
bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan
kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada
kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak
mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada
melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat
buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah
kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria
batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita
dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat
menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita
yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh
dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya
perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha
esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi
petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur,
tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon
supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita
mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan
sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita
lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.
Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa.
Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat
adalah kekal selamanya.
sumber :http://terselubung.blogspot.com/2011/02/10-petanda-dia-jodoh-kita.html








0 komentar:
Posting Komentar